RHB Akan Sekat Pelayar Web Lama Daripada Online Banking Mulai 31 Oktober

RHB Akan Sekat Pelayar Web Lama Daripada Online Banking Mulai 31 Oktober

RHB Bank akan menghentikan sokongan terhadap versi pelayar web lama untuk RHB Online Banking mulai 31 Oktober 2026.

Perubahan ini tidak bermakna RHB menutup perkhidmatan perbankan web. Pelanggan masih boleh mengaksesnya melalui komputer selagi menggunakan versi pelayar yang memenuhi syarat minimum.

Versi minimum yang disenaraikan ialah:

  • Google Chrome 149 atau lebih baharu
  • Microsoft Edge 149 atau lebih baharu
  • Mozilla Firefox 151 atau lebih baharu
  • Opera 130 atau lebih baharu
  • Safari 18 atau lebih baharu

Menurut RHB, pelayar lama boleh meningkatkan risiko keselamatan kerana ia mungkin tidak lagi menerima tampalan dan perlindungan terkini.

Pengguna yang sudah berada pada versi baharu tidak perlu membuat sebarang perubahan. Jika komputer atau sistem operasi terlalu lama untuk menerima pelayar yang disokong, pelanggan masih boleh menggunakan aplikasi RHB Mobile Banking pada peranti mudah alih.

Baca seterusnya