BNM Dan PayNet Akan Uji Amaran Scam Sebelum Transaksi Selesai Pada 2027

Bank Negara Malaysia dan PayNet merancang untuk menguji sistem amaran penipuan yang boleh memberi peringatan sebelum sesuatu transaksi selesai.
Menurut Bernama, ujian bersama bank terpilih disasarkan bermula pada separuh pertama 2027.
Sistem ini bertujuan membantu bank dan pelanggan mengenal pasti petanda risiko ketika wang masih dalam proses untuk dipindahkan. Amaran tersebut memberi peluang kepada pengguna untuk berhenti seketika, menyemak maklumat penerima dan memastikan transaksi itu benar-benar sah.
PayNet turut menggunakan data transaksi untuk mengesan akaun yang menunjukkan corak mencurigakan dan berkongsi maklumat risiko dengan institusi kewangan.
Ciri itu masih dalam peringkat pembangunan dan ujian. Jadi pengguna belum akan menerima amaran baharu ini pada setiap transaksi buat masa sekarang.
Jika berjaya diperluaskan, sistem ini boleh menambah satu lagi lapisan pertahanan selain sekatan akaun, pengesahan transaksi dan saluran laporan scam yang sudah digunakan bank di Malaysia.
Sumber: Astro Awani