Kad Touch ‘n Go Pokémon Ulang Tahun Ke-30 Kini Di Malaysia — Pek Rawak RM29, Set Penuh RM232

Kad Touch ‘n Go Pokémon Ulang Tahun Ke-30 Kini Di Malaysia — Pek Rawak RM29, Set Penuh RM232

Touch ‘n Go melancarkan siri kad Pokémon sempena ulang tahun ke-30 — kali pertama kad dijual dalam pek rawak (blind pack), di mana pembeli tidak tahu reka bentuk mana yang akan diterima sehingga pek dibuka.

Satu Pek Rawak dijual pada harga RM29 dan mengandungi satu kad rawak daripada siri ini. Bagi pengumpul yang mahu kesemua reka bentuk tanpa bergantung pada nasib, Set Kotak dijual pada harga RM232 dan mengandungi lapan pek, bersamaan kesemua lapan kad dalam siri ini.

Set kotak Touch ‘n Go Pokémon 30th Anniversary Cards mengandungi kesemua lapan kad dalam siri ini, pada harga RM232. (Kredit: Touch ‘n Go)

Lapan reka bentuk tersebut ialah Squirtle, Bulbasaur, Charmander, Pikachu, Blastoise, Venusaur, Charizard dan satu kad Pikachu istimewa (Special Pikachu Card) yang dirahsiakan reka bentuknya sehingga pelancaran.

Seperti kad Enhanced Touch ‘n Go biasa, kad ini dilengkapi teknologi NFC — baki boleh disemak dan tambah nilai dibuat dengan mengetik kad pada telefon melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Kad boleh digunakan untuk bayaran tol, pengangkutan awam dan parkir, termasuk pembelian pas perjalanan seperti My50 melalui eWallet.

Siri ini dijual sekarang melalui Touch ‘n Go Shop dalam talian, eShop dalam aplikasi eWallet, kedai rasmi Touch ‘n Go di Lazada dan Shopee Mall, serta di 7-Eleven terpilih, Jaya Grocer di Semenanjung Malaysia, dan Happy Mart serta Ohmee Mart di Pulau Pinang dan Kedah.

Sumber: Touch ‘n Go Shop

Baca seterusnya