ASUS Zenbook 14 Dan Vivobook S16 Baharu Kini Boleh Pra-Tempah Di Malaysia — Bermula RM4,299

ASUS Zenbook 14 Dan Vivobook S16 Baharu Kini Boleh Pra-Tempah Di Malaysia — Bermula RM4,299

ASUS membuka pra-tempahan dua laptop baharunya di Malaysia — Zenbook 14 dan Vivobook S16 — dengan tempahan dibuka mulai hari ini hingga 15 November melalui ASUS e-Store.

Zenbook 14 ditawarkan dalam empat pilihan cip: Qualcomm Snapdragon X (X1-26-100), AMD Ryzen AI 5 330, serta dua cip Intel Panther Lake — Core Ultra 5 325 dan Core Ultra 7 355.

Varian Intel hadir dengan bateri 70Wh, 16GB RAM LPDDR5X, storan 512GB PCIe 4.0 SSD dan skrin sentuh OLED FHD+ (1,920 x 1,200). Varian AMD dan Snapdragon pula berkongsi jumlah RAM dan storan yang sama, tetapi dengan bateri 50Wh yang lebih kecil dan skrin FHD+ tanpa sentuhan.

Dari segi harga, Zenbook 14 bermula RM4,599 untuk model Snapdragon X, RM5,099 untuk varian AMD, RM5,899 untuk Intel Core Ultra 5 dan RM6,499 untuk varian tertinggi Intel Core Ultra 7. Laptop itu ditawarkan dalam warna Arctic Blue dan Komodo Coral buat masa ini, manakala Zabriskie Beige akan menyusul kemudian. Mereka yang membuat pra-tempahan sebelum 15 November akan menerima tetikus Fragrance Mouse MD101 secara percuma.

ASUS Vivobook S16 di ruang tamu
ASUS Vivobook S16 dijual pada RM4,299 dalam satu varian sahaja. (Gambar: ASUS)

Vivobook S16 pula hanya ditawarkan dalam satu varian, dengan cip Snapdragon X yang sama seperti Zenbook 14, dipadankan 16GB RAM LPDDR5X, storan 512GB PCIe 4.0 SSD, bateri 50Wh dan skrin OLED FHD+ tanpa sentuhan, pada harga RM4,299. Model yang lebih kecil, Vivobook S14, akan menyusul pada tarikh kemudian.

Sumber: Lowyat.NET

Baca seterusnya