Wikimedia Dakwa OpenAI Buat Jutaan Permintaan Yang Mungkin Ganggu Wikidata

Wikimedia Dakwa OpenAI Buat Jutaan Permintaan Yang Mungkin Ganggu Wikidata

Wikimedia Foundation mendedahkan aktiviti automatik yang dipercayainya datang daripada ejen dikendalikan OpenAI telah membuat jutaan permintaan terhadap projek Wikimedia.

Menurut yayasan itu, aktiviti tersebut termasuk merayapi jutaan halaman, terutamanya pada Wikidata dan Wikimedia Commons, serta membuat ratusan ribu pertanyaan terhadap Wikidata Query Service.

Wikimedia berkata trafik itu mungkin menyumbang kepada gangguan separa perkhidmatan Wikidata pada Mei 2026.

Wikimedia Dakwa Ejen OpenAI Buat Jutaan Permintaan Dan Mungkin Ganggu Wikidata

Yayasan itu turut menemui suntingan ujian pada wiki sandbox, perubahan pada konfigurasi alat sitasi dan cubaan mengeksploitasi Etherpad yang tidak berjaya.

Wikimedia menegaskan tiada bukti sistem utama atau data projeknya telah dikompromi. Ia juga tidak menemui bukti bahawa infrastruktur Wikimedia digunakan untuk menyelaras ejen tersebut.

Kes ini menunjukkan cabaran baharu apabila AI agent diberikan keupayaan menjelajah dan menggunakan perkhidmatan web secara automatik. Tanpa had kadar dan kawalan yang sesuai, sejumlah besar tindakan boleh memberi beban kepada infrastruktur terbuka.

Baca seterusnya