U Mobile Capai 90% Liputan 5G Kawasan Berpenduduk, Lebih 9 Bulan Awal

U Mobile Capai 90% Liputan 5G Kawasan Berpenduduk, Lebih 9 Bulan Awal

U Mobile mengumumkan rangkaian ULTRA5G miliknya kini mencapai 90% Coverage of Populated Areas atau CoPA di Malaysia.

Pencapaian itu dibuat lebih sembilan bulan lebih awal daripada komitmen asal untuk mencapai tahap tersebut pada Julai 2027.

U Mobile Capai 90% Liputan 5G Kawasan Berpenduduk, Lebih 9 Bulan Awal

U Mobile mula membina rangkaian 5G sendiri pada Julai 2025 di bawah model dwirangkaian 5G negara. Syarikat itu melepasi 80% CoPA pada Mac 2026 sebelum terus memperluaskan liputannya.

CoPA merujuk kepada liputan di kawasan yang mempunyai penduduk. Ia tidak bermaksud rangkaian 5G U Mobile sudah meliputi 90% daripada keseluruhan keluasan geografi Malaysia.

U Mobile Capai 90% Liputan 5G Kawasan Berpenduduk, Lebih 9 Bulan Awal

U Mobile turut membuat beberapa tuntutan mengenai kedudukan rangkaiannya berbanding pesaing, tetapi prestasi sebenar pengguna masih boleh berubah mengikut lokasi, kapasiti tapak, spektrum, peranti dan keadaan rangkaian setempat.

Baca seterusnya