TikTok Perkenal AI Shopping Assistant – Tanya Produk Hingga Beli

TikTok Perkenal AI Shopping Assistant – Tanya Produk Hingga Beli

TikTok memperkenalkan dua ciri baharu untuk perdagangan dalam aplikasi, iaitu Shopping Assistant dan Buy Direct.

Shopping Assistant ialah pembantu AI berbentuk perbualan yang boleh membantu pengguna mencari produk dan bertanya tentang perkara seperti saiz, penghantaran, ketersediaan serta maklumat produk. TikTok berkata sistem ini boleh menggunakan konteks perbualan dan mengingati keperluan pengguna sepanjang sesi membeli-belah.

Buy Direct pula membolehkan pengguna membeli terus daripada sesuatu jenama daripada For You Feed tanpa perlu berpindah ke laman web luar untuk menyelesaikan transaksi.

TikTok membangunkan pengalaman ini bersama beberapa syarikat perdagangan dan pembayaran termasuk Salesforce, Shopify, Shoplazza dan Stripe.

Syarikat itu turut memperkenalkan Agentic Leads untuk membantu perniagaan mengurus prospek melalui perbualan AI dalam TikTok Direct Message dan borang lead.

Buat masa ini, TikTok belum mengumumkan ketersediaan Shopping Assistant dan Buy Direct untuk Malaysia. Jadi untuk pengguna dan penjual TikTok Shop tempatan, perkara utama yang masih perlu ditunggu ialah bila ciri ini akan diperluaskan ke pasaran Malaysia.

Baca seterusnya