Malaysia Kaji Hak Opt-Out Supaya Karya Tidak Digunakan Untuk Latihan AI

Malaysia Kaji Hak Opt-Out Supaya Karya Tidak Digunakan Untuk Latihan AI

Malaysia sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan mekanisme opt-out yang membolehkan pemilik hak cipta menolak karya mereka daripada digunakan untuk perlombongan data, termasuk latihan sistem AI.

Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia, MyIPO, Yusnieza Syarmila Yusoff berkata perkara itu sedang dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada semakan rangka kerja hak cipta negara.

Jika dilaksanakan, mekanisme ini boleh memberi penerbit, penulis, jurugambar, artis dan pemilik kandungan digital cara untuk menyatakan bahawa karya mereka tidak boleh digunakan dalam proses data mining atau latihan model AI.

Bagaimanapun, langkah ini masih di peringkat kajian. Kaedah opt-out, cara penguatkuasaan dan bentuk pindaan undang-undang yang mungkin diperlukan belum diperincikan.

Perbincangan ini penting ketika syarikat AI semakin bergantung kepada set data berskala besar untuk melatih model generatif, sementara pemilik kandungan terus mempersoalkan penggunaan karya tanpa kebenaran atau pampasan.

Sumber: FB MyIPO

Baca seterusnya