Hukuman Penjara Dibatalkan Selepas Video AI Mangsa Dibawa Ke Mahkamah

Hukuman Penjara Dibatalkan Selepas Video AI Mangsa Dibawa Ke Mahkamah

Mahkamah Rayuan Arizona membatalkan hukuman penjara terhadap seorang lelaki selepas penggunaan video janaan AI yang menggambarkan mangsa sudah meninggal dunia bercakap dipertikaikan dalam proses menjatuhkan hukuman.

Video tersebut menggambarkan Christopher Pelkey menyampaikan mesej seolah-olah datang daripada dirinya sendiri. Kandungan itu dibina berdasarkan apa yang keluarga percaya mungkin ingin disampaikan oleh Pelkey.

Ia kemudian dimainkan sebagai sebahagian daripada victim impact statement.

Mahkamah rayuan mempertikaikan kebolehpercayaan video itu kerana kata-kata berkenaan tidak pernah diucapkan oleh Pelkey sendiri dan merupakan gambaran yang dihasilkan selepas kematiannya.

Hukuman penjara yang dikenakan terhadap Gabriel Paul Horcasitas dibatalkan dan kes dikembalikan untuk proses menjatuhkan hukuman semula.

Kes ini membuka persoalan baharu tentang had penggunaan AI generatif dalam prosiding undang-undang, terutama apabila teknologi digunakan untuk menghasilkan kata-kata atau imej seseorang yang tidak lagi boleh mengesahkan sendiri kandungan tersebut.

Sumber: CBS News

Baca seterusnya