ILMUcode Dilancarkan, Pesaing Claude Code dan Codex dari Malaysia

ILMUcode Dilancarkan, Pesaing Claude Code dan Codex dari Malaysia

YTL AI Labs melancarkan ILMUcode, platform agentic AI coding dari Malaysia yang dibina untuk membantu pengguna membina, mengubah suai, menguji dan menyelesaikan masalah dalam projek perisian.

Ia dikuasakan oleh ILMU-GLM-5.3, model yang dibangunkan YTL AI Labs bersama Z.ai dan dijalankan melalui infrastruktur AI berdaulat di Malaysia.

Secara konsep, ini bukan sekadar chatbot yang boleh menghasilkan code snippet. ILMUcode lebih dekat kepada produk seperti Claude Code dan OpenAI Codex.

Oplus_16908288

Apa ILMUcode sebenarnya boleh buat?

Pengguna boleh membuka sesuatu projek dan memberi matlamat kepada ILMUcode. AI kemudian boleh merancang tugasan, membaca codebase, mengubah fail, menjalankan arahan melalui terminal dan menguji hasilnya.

Antara contoh yang ditunjukkan YTL termasuk membina feature, memindahkan MySQL ke PostgreSQL, menambah OAuth2, membaiki bug, melakukan code review, menyediakan CI/CD serta mengesan isu keselamatan.

Ia turut mempunyai Skills, tugasan berjadual, kerja latar belakang dan keupayaan menjalankan beberapa tugasan secara selari. Integrasinya termasuk terminal, Git dan browser preview.

Itu menjadikannya jauh lebih dekat kepada coding agent sebenar berbanding AI autocomplete tradisional.

Jadi, boleh lawan Claude Code dan Codex?

Dari segi idea produk, ya. Dari segi kemampuan sebenar, terlalu awal untuk kata begitu.

Claude Code sudah boleh membaca dan mengubah codebase, menjalankan command dan ujian, menggunakan sub-agents serta mengendalikan kerja pembangunan yang panjang. OpenAI Codex pula menyokong coding agent dalam terminal, IDE dan cloud, termasuk beberapa agent yang boleh bekerja secara selari.

ILMUcode menawarkan banyak konsep yang sama: agentic workflow, parallel tasks, Skills, automations dan akses terus kepada development environment.

Oplus_16908288

YTL AI Labs mendakwa ILMU-GLM-5.3 berada dalam kelompok model coding terkemuka berdasarkan benchmark seperti Terminal-Bench 2.1 dan DeepSWE. Tetapi setakat pelancaran, belum ada cukup ujian bebas yang membandingkan pengalaman ILMUcode secara terus dengan Claude Code atau Codex dalam projek dunia sebenar.

Itulah ujian yang lebih menarik daripada benchmark: beri ketiga-tiganya repo yang sama dan lihat siapa paling baik membina feature, membaiki bug dan tidak merosakkan codebase.

Kelebihan besarnya mungkin bukan model

Tarikan ILMUcode untuk Malaysia mungkin terletak pada harga dan infrastruktur tempatan, bukan semata-mata siapa mendapat skor benchmark tertinggi.

YTL meletakkannya sebagai platform sovereign AI, sementara ILMU GLM-5.3 turut ditawarkan secara penggunaan token dengan harga RM5.15 bagi sejuta token input dan RM16.05 bagi sejuta token output.

Sebagai sebahagian pelancaran, 800 pelajar tahun pertama Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya akan menerima kredit RM100 sebulan selama tiga bulan, atau sehingga RM300 setiap seorang.

ILMUcode sudah tersedia untuk digunakan sekarang.

Sama ada ia benar-benar boleh menjadi alternatif kepada Claude Code atau Codex belum boleh ditentukan daripada pengumuman pelancaran sahaja.

Tetapi Malaysia sekarang sekurang-kurangnya mempunyai sesuatu yang lebih menarik daripada satu lagi chatbot tempatan: coding agent yang cuba bersaing dalam kategori produk AI paling agresif sekarang.

Baca seterusnya