ChatGPT Mula Uji Iklan Visual Semasa Jana Imej

ChatGPT Mula Uji Iklan Visual Semasa Jana Imej

OpenAI memperkenalkan format iklan visual baharu dalam ChatGPT, dengan ujian awal dirancang ketika pengguna menggunakan ciri janaan imej.

Ujian tersebut akan bermula di Amerika Syarikat pada hujung bulan ini bersama kumpulan pengiklan terpilih. Contoh yang ditunjukkan OpenAI meletakkan iklan visual secara berasingan daripada imej yang dijana pengguna.

OpenAI menegaskan iklan akan dilabel dengan jelas dan tidak mempengaruhi jawapan ChatGPT.

Syarikat itu turut menambah alat pengukuran dan kawalan kesesuaian jenama untuk pengiklan. Menurut OpenAI, ChatGPT kini digunakan oleh sekitar 1.2 bilion pengguna setiap minggu.

Untuk Malaysia, ChatGPT Ads sendiri sudah mula diperluaskan sejak 23 September. Namun pengumuman 5 Oktober tidak menyatakan bahawa format iklan visual baharu ini tersedia di Malaysia.

Jadi pengguna tempatan boleh menjangkakan ekosistem iklan ChatGPT terus berkembang, tetapi format visual ketika menjana imej masih merupakan ujian Amerika Syarikat buat masa ini.

Baca seterusnya