Bluesky Mohon Domain .bsky – Handle Pengguna Mungkin Jadi Lebih Ringkas

Bluesky memohon .bsky sebagai top-level domain, yang boleh digunakan untuk menjadikan handle pengguna lebih ringkas pada masa akan datang.
Jika permohonan itu diluluskan, format semasa seperti nama.bsky.social berpotensi berubah kepada bentuk lebih pendek seperti nama.bsky.
Bluesky sejak awal menggunakan domain sebagai sebahagian daripada sistem identiti AT Protocol. Pengguna juga boleh menggunakan domain sendiri sebagai handle pada platform tersebut.
Namun .bsky belum diluluskan. Permohonan perlu melalui proses penilaian sebelum Bluesky boleh menggunakan domain itu sebagai sebahagian daripada perkhidmatannya.
Jadi pengguna tidak perlu membuat sebarang perubahan kepada handle sekarang.
Langkah ini meneruskan pendekatan Bluesky yang cuba menjadikan identiti akaun lebih dekat kepada konsep web terbuka, berbanding sistem username yang dikawal sepenuhnya oleh satu platform.