Instagram Lancar Edits Assistant untuk Analisis Akaun dan Idea Video, Bermula di AS

Instagram mula melancarkan Edits Assistant kepada pengguna Edits di Amerika Syarikat. Pembantu AI ini menggunakan maklumat akaun Instagram untuk menganalisis prestasi kandungan dan mencadangkan idea video yang bersesuaian dengan khalayak pencipta.
Antara data yang digunakan ialah pengikut, tontonan, tempoh pengekalan penonton, tanda suka, perkongsian dan komen. Pencipta boleh bertanya mengapa sesuatu Reel mengekalkan perhatian lebih lama atau jenis kandungan yang paling mendapat sambutan.

Pembantu ini turut mencadangkan konsep video, ayat pembuka, kapsyen dan skrip berdasarkan prestasi terdahulu. Ia boleh membantu membandingkan variasi trial reels serta mencari audio yang sedang mendapat perhatian mengikut bidang kandungan pengguna.

Instagram menyatakan ciri ini percuma dengan had arahan harian. Akses penggunaan tambahan melalui langganan Meta One dirancang kemudian, tetapi jumlah kuota dan harga untuk ciri tersebut belum diperincikan dalam pengumuman ini.
Pelancaran awal terhad kepada AS. Tarikh ketersediaan Edits Assistant di Malaysia belum dinyatakan.
Sumber: Instagram.
Gambar utama: Meta.