Xiaomi Fan Festival 2026 Bermula — Diskaun Besar Hingga 30 April, Menang Hadiah RM18,888

Xiaomi Fan Festival (XFF) 2026 kini rasmi bermula, disambut setiap tahun sempena ulang tahun Xiaomi pada 6 April. Tahun ini, festival yang bertemakan ‘Smart Living, Made Yours’ berlangsung hingga 30 April 2026 — merangkumi promosi dalam talian dan luar talian merentas lebih 50 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Kempen Khas untuk Peminat Malaysia
Peminat Malaysia ada peluang istimewa melalui kempen #YourSmartLivingOnUs yang berlangsung dari 1 hingga 10 April. Caranya mudah — kongsikan troli beli-belah dan tulis ‘Smart Living Wish Stories’ di TikTok, Facebook atau Instagram. Satu pemenang bertuah akan menang hadiah troli penuh bernilai sehingga RM18,888, manakala 10 pemenang lain boleh memenangi sehingga RM1,688 setiap seorang.
Diskaun Merentas Semua Kategori
Tawaran festival ini merangkumi hampir semua barisan produk Xiaomi. Antara yang terpilih:
-
Telefon pintar & tablet — Xiaomi 15T Pro turun dari RM2,699 → RM2,199, POCO X8 Pro dari RM1,499 → RM1,299, Xiaomi Pad 8 Pro dari RM2,699 → RM2,399
-
Smart TV — Xiaomi TV S Pro Mini LED 55 2026 dari RM3,999 → RM2,999 (eksklusif dalam talian), model 75-inci dari RM5,999 → RM4,999
-
Peralatan rumah — Mijia Front Load Washer Dryer 10.5kg dari RM2,299 → RM1,499, Mijia Air Conditioner Eco 1.0HP dari RM1,899 → RM1,299
-
Robot Vacuum — Xiaomi Robot Vacuum 5 dari RM3,699 → RM2,699, model S40C dari RM799 → RM629 (eksklusif dalam talian)
-
Wearables — Xiaomi Watch 5 dari RM1,699 → RM1,199, REDMI Buds 6 Play dari RM69 → RM45
Di Mana Nak Beli?
Semua tawaran boleh didapati di kedai Xiaomi seluruh Malaysia, serta di platform dalam talian — mi.com, Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Tawaran tertakluk pada stok dan tempoh promosi.