WhatsApp Lancar Akaun Diuruskan Ibu Bapa — Kawal Mesej & Kumpulan Anak Bawah Umur

Di tengah-tengah perbahasan mengenai peranan kerajaan dalam mengawal akses media sosial kanak-kanak, WhatsApp mengumumkan ciri baharu — meletakkan kawalan terus di tangan ibu bapa dan penjaga melalui ciri Akaun Diuruskan Ibu Bapa (Parent-Managed Accounts). Ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat bermula bulan April 2026.
Apa Yang Ibu Bapa Boleh Kawal
Akaun Diuruskan Ibu Bapa direka khas untuk praremaja, membolehkan ibu bapa menyediakan WhatsApp anak mereka dengan kawalan penuh. Setelah akaun anak dipautkan ke peranti ibu bapa, mereka boleh:
-
Menetapkan siapa yang boleh menghantar mesej kepada anak
-
Memilih kumpulan mana yang boleh disertai
-
Menyemak permintaan mesej daripada kenalan tidak dikenali sebelum dibenarkan
-
Mengurus tetapan privasi akaun anak sepenuhnya
Semua kawalan ini dilindungi dengan PIN ibu bapa pada peranti anak — memastikan tetapan tidak boleh diubah tanpa kebenaran ibu bapa.
Privasi Kekal Terjaga
Kandungan mesej dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung. WhatsApp menyatakan bahawa ibu bapa tidak boleh membaca perbualan melalui ciri pengurusan akaun ini; kawalannya tertumpu pada tetapan dan kenalan anak.
Sumber: WhatsApp