TikTok & Apple Music Lancar Play Full Song — Dengar Lagu Tanpa Tinggalkan TikTok

TikTok & Apple Music Lancar Play Full Song — Dengar Lagu Tanpa Tinggalkan TikTok

Apple Music dan TikTok mengumumkan kerjasama baharu yang membolehkan pengguna menikmati lagu penuh terus dalam aplikasi TikTok tanpa perlu keluar — melalui dua ciri baharu iaitu Play Full Song dan Listening Party, yang sedang dilancarkan secara berperingkat di seluruh dunia.

Dari Discover Terus Dengar

Selama ini, apabila pengguna TikTok terjumpa lagu yang menarik di For You Page, mereka terpaksa keluar dari TikTok, buka aplikasi penstriman muzik mereka, cari lagu berkenaan dan mula mendengar. Proses ini memecahkan momentum penggunaan TikTok yang imersif. Dengan Play Full Song, langkah itu kini memudahkan pengguna untuk terus tatal-azab (doomscrolling).

Pelanggan Apple Music boleh:

  • Tekan butang Play Full Song pada mana-mana video atau halaman Sound di TikTok

  • Dengar lagu penuh terus dalam TikTok melalui pemain Apple Music terbina dalam

  • Sambung dengar senarai lagu disyorkan secara peribadi selepas itu

  • Simpan lagu ke pustaka atau tambah terus ke playlist Apple Music

Penstriman lagu berlaku melalui platform Apple Music menggunakan Apple MusicKit — bermakna artis dan pemegang hak tetap menerima bayaran yang sewajarnya.

TikTok & Apple Music Lancar Play Full Song — Dengar Lagu Tanpa Tinggalkan TikTokNikmati Muzik Bersama

Selain Play Full Song, TikTok dan Apple Music turut memperkenalkan Listening Party — pengalaman mendengar muzik secara langsung bersama komuniti peminat. Dalam sesi ini, peminat boleh mendengar lagu artis kegemaran dalam masa nyata, berinteraksi sesama sendiri dan bersembang terus dengan artis berkenaan semasa sesi berlangsung.

Listening Party menambah ruang interaksi antara artis dengan komuniti peminat dalam TikTok.

Sumber: TikTok

Baca seterusnya