SJK Chung Hua Betong Bakal Mempunyai Bilik Darjah AI dengan Sokongan Samsung

SJK Chung Hua Betong Bakal Mempunyai Bilik Darjah AI dengan Sokongan Samsung

SJK Chung Hua Betong bakal menjadi sekolah pertama di Sarawak yang mempunyai bilik darjah AI melalui kerjasama tanggungjawab sosial korporat Samsung. Ruang tersebut masih dalam proses persediaan dan pengubahsuaian.

Gerald Rentap Jabu semasa lawatan penanda aras ke Samsung Malaysia
Gerald Rentap Jabu ketika lawatan penanda aras ke Samsung Malaysia di Kuala Lumpur. Kredit: UKAS.

Perkembangan itu dikongsikan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu, selepas lawatan penanda aras ke Samsung Malaysia pada 30 September.

Menurut laporan UKAS, sekolah berkenaan merupakan antara tiga sekolah di Malaysia yang terlibat dalam inisiatif itu. Penggunaan bilik darjah dirancang untuk murid Tahun Tiga dan ke atas.

Gerald Rentap berharap bilik darjah di Betong dapat menjadi model perintis untuk diperluas kepada sekolah lain di Sarawak.

Sumber: UKAS.

Gambar utama: UKAS.

Baca seterusnya