Shopee Kongsi Tarikh Akhir Penghantaran Raya 2026 Mengikut Zon

Shopee telah mengeluarkan notis rasmi kepada para penjual berkaitan jadual operasi perkhidmatan logistik sepanjang kempen Bazaar Hebat Raya, sebagai panduan untuk barangan yang mahu dihantar di tangan pembeli sebelum hari raya Aidilfitri.
Tarikh Akhir Penghantaran Mengikut Zon
Penjual perlu memerhatikan tarikh akhir penghantaran yang berbeza mengikut destinasi. Untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak, kebanyakan perkhidmatan logistik telah menetapkan tarikh akhir penerimaan sebelum 13 Mac 2026. Manakala untuk penghantaran dalam Semenanjung Malaysia, penjual masih mempunyai masa sehingga 16 Mac 2026.
Panduan Untuk Penjual Shopee
Shopee mengesyorkan agar penjual merancang promosi dan stok lebih awal bagi mengelakkan kelewatan penghantaran yang boleh menjejaskan penilaian kedai. Penjual juga boleh mengemas kini waktu operasi kedai melalui tetapan Preferred Pick-Up Time di Seller Centre, serta menyemak lokasi drop-off point berdekatan melalui halaman rasmi Shopee.
Tarikh ini ialah panduan penghantaran, bukan jaminan ketibaan. Pembeli dan penjual perlu menyemak jadual kurier serta destinasi masing-masing.
Sumber: Shopee