Samsung Dilaporkan Hentikan Jualan Galaxy Z TriFold di Korea Selatan

Hanya tiga bulan selepas dilancarkan, Samsung telah menghentikan jualan Galaxy Z Fold Special Edition — lebih dikenali sebagai Galaxy Z TriFold — di Korea Selatan bermula 17 Mac 2026, menurut laporan Bloomberg.
Hanya 3,000 Unit Terjual
Sejak dilancarkan, dianggarkan hanya 3,000 unit Galaxy Z TriFold berjaya dijual di Korea Selatan — angka yang sangat kecil untuk sebuah jenama sebesar Samsung. Peranti ini tidak dijual secara bebas, sebaliknya hanya tersedia untuk dibeli setiap 1–2 minggu melalui laman web rasmi Samsung dalam kuantiti terhad, dengan setiap kelompok habis dijual.
Dijual Di AS Masih Diteruskan
Walaupun jualan di Korea Selatan dihentikan, Galaxy Z TriFold masih dijual di Amerika Syarikat sehingga kehabisan stok. Memandangkan ia dilancarkan lebih lewat di sana berbanding Korea Selatan, tiada pengumuman rasmi diberikan oleh Samsung mengenai sebab penghentian jualan ini.
Sumber: Bloomberg