Razer Tartarus V2 Pro hadir dengan 31 kawalan boleh diprogram

Razer memperkenalkan Tartarus V2 Pro, pad kekunci sebelah tangan dengan 31 kawalan yang boleh diprogramkan. Ia ditujukan kepada pemain yang mahu menyusun pintasan dan makro tanpa mengubah seluruh susun atur papan kekunci.
Model baharu ini menggunakan suis Analog Optical Gen-2 dengan titik pengaktifan boleh dilaras antara 0.1 hingga 4.0 mm serta Rapid Trigger. Thumbstick TMR bersaiz penuh disediakan untuk kawalan arah, sementara sandaran pergelangan tangan boleh digerakkan dan diputar supaya kedudukannya lebih sesuai dengan tangan pengguna.

Menurut Razer, Tartarus V2 Pro menyokong kadar polling sehingga 8,000Hz dan 24 susun atur kekunci merentasi tiga profil. Tetapan dibuat melalui Razer Synapse, dengan beberapa pelarasan asas boleh dilakukan terus pada peranti.
Razer belum menyatakan harga rasmi Malaysia atau tarikh jualan tempatan untuk Tartarus V2 Pro.
Sumber: Razer Newsroom.