PinjamGajet Dilancarkan – Inisiatif Baharu Di Bawah Ayuh Malaysia

Inisiatif ketiga di bawah Ayuh Malaysia, iaitu PinjamGajet, akan dilancarkan pada Ahad, 8 Mac 2026. PinjamGajet bertujuan mengumpul dan membaik pulih gajet elektronik terpakai seperti komputer riba sebelum disewakan semula kepada pengguna pada kadar mampu milik hanya RM10 sebulan.

Menyedari bahawa komputer riba kini satu keperluan penting di universiti dan sekolah, Ayuh Malaysia mahu merapatkan jurang digital dengan membuka akses kepada peranti elektronik untuk sebanyak mungkin keluarga di Malaysia. Melalui PinjamGajet, komputer riba yang sebelum ini tidak digunakan boleh diberi nafas baharu dan dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan.

PinjamGajet Dilancarkan - Inisiatif Baharu Di Bawah Ayuh MalaysiaOrang ramai dijemput hadir ke majlis pelancaran PinjamGajet yang akan diadakan seperti berikut:

Hari: Ahad, 8 Mac 2026
Masa: 10 pagi
Tempat: APR Electronic Services, 13, Jalan Utarid U5/11, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor

Pautan lokasi:
https://share.google/7JmaRWbPzuX5JzKBl

Pelancaran ini turut menampilkan kelas asas membaiki komputer riba serta ruang khas untuk orang ramai menyumbangkan komputer riba terpakai bagi memperluas manfaat kepada komuniti. Maklumat lanjut mengenai PinjamGajet boleh didapati di:
https://pinjamgajet.ayuhmalaysia.org

Mereka yang ingin hadir digalakkan mengisi borang kehadiran bagi tujuan logistik dan persediaan di pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdnqIZCf6vwg1k03Fz7jcUX2s1uwqorNhHc86TcEjHXByoMGw/viewform

Majlis pelancaran PinjamGajet juga akan disiarkan secara langsung di platform media sosial penganjur.

Baca seterusnya