Meta umum kabel dasar laut Petal berkapasiti 1 petabit sesaat antara AS dan Perancis

Meta mengumumkan Petal, projek kabel dasar laut sepanjang kira-kira 7,000 km yang akan menghubungkan Amerika Syarikat dan Perancis. Sasaran kapasiti 1 petabit sesaat menjadikannya antara projek kabel transatlantik paling besar yang diumumkan setakat ini.
Projek ini dibangunkan bersama NEC dan Sumitomo Electric, dengan Orange membantu perancangan pendaratan di Perancis. Menurut Meta, kapasiti sasaran itu sekitar dua kali ganda kabel transatlantik paling maju hari ini.

Petal belum beroperasi. Meta menjangka ia mula digunakan pada 2029, jadi angka kapasiti yang diumumkan masih sasaran projek. Syarikat juga mendakwa peningkatan itu tidak memerlukan pertambahan kuasa dan bahan fizikal pada kadar yang sama dengan kapasiti data.
Sumber: Meta Newsroom.