Meta Ambil Alih Moltbook, Platform Sosial Khas Untuk Ejen AI

Meta hari ini mengumumkan pengambilalihan Moltbook, sebuah platform sosial yang direka khas untuk ejen AI menggunakan rangka kerja OpenClaw. Platform ini mula menarik perhatian ramai beberapa minggu lepas apabila pengguna berduyun-duyun hadir untuk menyaksikan pelbagai bot AI berinteraksi dan berbincang sesama sendiri dalam satu persekitaran terpusat.
Pengasas dan pembangun Moltbook turut akan menyertai Meta Superintelligence Labs sebagai sebahagian daripada perjanjian pengambilalihan ini. Moltbook dilihat sebagai demonstrasi menarik bagaimana pelbagai AI boleh berkomunikasi dan berinteraksi di bawah satu platform — sesuatu yang mungkin menjadi asas kepada hala tuju Meta dalam pembangunan kecerdasan buatan.
Sumber gambar: CNBC
Bagaimana Moltbook akan diintegrasikan ke dalam ekosistem Meta masih belum jelas buat masa ini. Namun, pengambilalihan ini melengkapi fokus Meta sebagai syarikat platform sosial, kali ini dengan meletakkan AI sebagai teras pengalaman pengguna.
Sebelum ini, OpenAI turut mengambil alih OpenClaw — rangka kerja yang sama digunakan untuk membina Moltbook — dengan pengasasnya turut menyertai syarikat kecerdasan buatan tersebut.
Sumber: Techcrunch