MacBook Neo Melepasi SIRIM – Bakal Dijual Tidak Lama Lagi

MacBook Neo Melepasi SIRIM – Bakal Dijual Tidak Lama Lagi

MacBook Neo adalah komputer riba mampu milik dalam barisan Apple. Ia adalah sebuah komputer riba dengan sistem operasi macOS mampu milik yang dijual pada hampir separuh harga sebuah MacBook Air. Menariknya, peranti ini tidak menggunakan cip Apple Silicon siri M yang mengubah pasaran komputer kerana ia menggunakan cip A18 Pro yang sama dalam iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max.

Selepas 2 minggu diperkenalkan, MacBook Neo akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Semalam, SIRIM telah meluluskan peranti ini dengan kod nama A3404. MacBook Neo dijual di Malaysia dengan harga RM2,499 untuk model asas (256GB) tanpa Touch ID dan RM2,899 untuk model atasan (512GB) dengan Touch ID. Bagi pelajar dan pendidik, peranti ini boleh dibeli dengan harga bermula RM2,099.

MacBook Neo Melepasi SIRIM - Bakal Dijual Tidak Lama LagiMenjadikan MacBook Neo sebuah komputer riba lebih menarik adalah bahan binaan premium yang setaraf dengan MacBook lain seperti aluminium. Apple turut tidak melupakan ciri pad sesentuh ikonik mereka yang menyokong pelbagai gestur, cuma pada Neo ia menggunakan kaedah mekanikal berbanding kaedah haptik. Kamera web 1080p, speaker stereo Spatial di sisi dan papan kekunci Magic Keyboard turut tersedia.

MacBook Neo Melepasi SIRIM - Bakal Dijual Tidak Lama LagiSatu kekecewaan ramai pada Neo adalah ia hanya menawarkan memori 8GB dan tiada pilihan memori lebih besar. Kemudian untuk port sambungan, Neo terhad kepada 1x USB-C 3.0, 1x USB-C 2.0 dan 1x bicu audio 3.5mm. Apple turut menyediakan pengecas dan kabel USB-C 20W di dalam pakej pembelian. Walaupun Neo menggunakan cip A18 Pro yang sama dalam iPhone 16 Pro, GPUnya adalah versi lebih rendah iaitu dengan GPU 5-teras berbanding 6-teras.

Walaupun begitu, Neo dijangkakan akan memikat hati ramai orang. Harga pendidikan bermula RM2,099 menjadikannya pilihan untuk pengguna yang mahu mencuba macOS dengan bajet lebih rendah. Adakah anda akan membelinya?

Baca seterusnya