Logitech Pro X2 Superstrike Akan Dilancarkan Di Malaysia

Logitech Pro X2 Superstrike Akan Dilancarkan Di Malaysia

Logitech akhirnya mengesahkan bila tetikus permainan paling unik mereka akan singgah ke Malaysia. Logitech Pro X2 Superstrike, tetikus pertama Logitech yang membuang suis fizikal dan menggantikan klik dengan sistem haptik, akan dilancarkan di sini pada 13 Mac 2026 dengan harga rasmi RM779 sebuah.

Sistem Haptik HITS Ganti Suis Mekanikal

Pro X2 Superstrike menggunakan teknologi Haptic Inductive Trigger System (HITS) — sistem haptik analog yang menggantikan suis mekanikal tradisional. Setiap klik memberi pergerakan sekitar 0.6mm, dengan HITS dikatakan mampu mengesan klik sehingga 30 milisaat lebih pantas berbanding sistem biasa. Melalui perisian Logitech G Hub, pemain boleh memilih sehingga 10 tetapan lokasi tekanan (actuation point) dan beberapa tahap intensiti haptik, serta mengaktifkan fungsi rapid trigger yang membolehkan klik diulang dengan pantas tanpa jari perlu diangkat tinggi.

Untuk ketepatan sasaran, Logitech membekalkan sensor HERO 2 dengan julat DPI 100 hingga 44,000, pecutan maksimum 88G dan kadar polling sehingga 8,000Hz melalui sambungan Lightspeed. Pro X2 Superstrike boleh digunakan secara nirwayar sehingga 90 jam menggunakan dongal Lightspeed USB-A, atau secara berwayar melalui kabel USB-A ke USB-C yang disertakan.Logitech Pro X2 Superstrike Akan Dilancarkan Di MalaysiaAcara Pelancaran & Cabaran Klik

Sempena pelancaran di Malaysia, Logitech akan menganjurkan acara “How Fast Can You Click?” di kedai-kedai terpilih dari 13 hingga 15 Mac 2026. Peserta dengan jumlah klik tertinggi di Malaysia akan membawa pulang sebuah PRO X2 Superstrike secara percuma.​

Promosi PWP Dengan PRO X 60 Wireless

Sepanjang acara, terdapat tawaran Purchase With Purchase (PWP) masa terhad: dengan setiap pembelian Logitech Pro X2 Superstrike, pelanggan boleh membeli Logitech PRO X 60 Wireless Keyboard dengan potongan 51% pada harga sekitar RM399, jauh lebih rendah daripada harga asal sekitar RM800.

Sumber: Logitech

Logitech Pro X2 Superstrike Akan Dilancarkan Di Malaysia

Baca seterusnya