Kemas Kini WartaAI Februari 2026 — Blog, Lensa Kandungan & Lebih Banyak Lagi

Kemas Kini WartaAI Februari 2026 — Blog, Lensa Kandungan & Lebih Banyak Lagi

Kami terus memperbaiki WartaAI berdasarkan maklum balas pengguna. Kemas kini kali ini membawa penambahbaikan menyeluruh merangkumi sistem, blog, laman utama, dan ciri teras Lensa Kandungan.

🎁 Sistem

Mulai sekarang, semua pengguna baharu akan menikmati 30 hari percuma pelan Pro — tanpa perlu memasukkan sebarang maklumat kad kredit.

📰 Blog

  • Paparan artikel lebih kemas dan tersusun

  • Artikel lebih mudah dan selesa untuk dibaca

  • Lebih banyak artikel akan dikongsi — menjadikan blog sebagai hab bacaan untuk pengunjung

  • Artikel kini menyokong ciri carian, dengan sokongan kategori akan datang

  • Perkongsian artikel kini memaparkan kandungan artikel terus, bukan landing page

🌐 Laman Utama

Laman utama kini hadir dengan animasi ringkas yang lebih segar, dan proses pendaftaran akaun baharu telah dipermudahkan.

✍️ Lensa Kandungan

  • Hook kini menghasilkan hook yang lebih berjiwa nusantara, bersifat universal dan tidak terhad kepada sesebuah platform

  • Pemahaman arahan (prompt) pengguna kini lebih teliti dan mendalam

  • Artikel kini boleh menghasilkan 2 artikel (1,500 patah perkataan setiap satu) secara serentak dalam masa yang sama

  • Kandungan Media Sosial untuk Facebook dan LinkedIn kini lebih sedap dibaca

🔧 Lain-lain

Antara Muka pengguna, peralihan animasi, dan beberapa pepijat kecil turut telah dibaiki.

⚠️ Pepijat Diketahui

Kami ingin jujur — terdapat beberapa isu yang masih dalam pembangunan:

  • Ciri Bebenang untuk X, Threads, dan Daun mengalami masalah responsif butang — kadang boleh ditekan, kadang tidak

  • Ciri Jana Kapsyen untuk Instagram dan TikTok mengalami masalah yang sama

  • Perkongsian artikel kini memaparkan kandungan artikel terus, bukan landing page – Ada pepijat baharu menyebabkan kemas kini ini bermasalah.

Pasukan kami sedang bekerja untuk menyelesaikannya. Terima kasih atas kesabaran anda!

Baca seterusnya