IlmuChat Kini Hadir Dengan Keupayaan Pengaturcaraan – Sempoicara Pelbagai Aplikasi Menarik

IlmuChat Kini Hadir Dengan Keupayaan Pengaturcaraan – Sempoicara Pelbagai Aplikasi Menarik

YTL AI Labs baru-baru ini secara senyap telah melancarkan ciri pengaturcaraan di dalam IlmuChat. Sehingga hari ini, IlmuChat masih lagi di dalam fasa Beta tetapi telah mula diberikan akses kepada lebih ramai pengguna. IlmuChat pada asalnya disasarkan menjadi pesaing kepada ChatGPT, Gemini dan lain-lain platform kecerdasan buatan generatif – dengan lebih memfokuskan kepada Bahasa Melayu serta memahami konteks pengguna tempatan.

IlmuChat Kini Hadir Dengan Keupayaan Pengaturcaraan - Sempoicara Pelbagai Aplikasi MenarikDengan pengenalan kepada keupayaan pengaturcaraan, secara perlahan IlmuChat dikemas kini untuk menjadi platform AI untuk pengguna Malaysia. Melalui kemas kini baharu ini, pengguna kini boleh sempoicara aplikasi-aplikasi yang menarik.

Sebelum ini, semasa sesi perkongsian komuniti kedua untuk pengguna awal IlmuChat mereka telah diberikan akses awal untuk turut menguji model Ilmu AI 1.5. Antara ciri baharu yang diperlihatkan adalah ciri sempoicara, membangunkan dokumen, slaid pembentangan dan membuat rekaan poster. Untuk kemas kini baharu ini mereka hanya memberikan akses awal untuk ciri pengaturcaraan.

IlmuChat Kini Hadir Dengan Keupayaan Pengaturcaraan - Sempoicara Pelbagai Aplikasi MenarikPengguna kini boleh klik butang “Bina bersama-sama” dan berbual dengan IlmuChat untuk sempoicara aplikasi, laman web dan pelbagai perkara menarik lain. Dalam cubaan kami membina klon IlmuChat tetapi hanya memberi maklum balas bertemakan haiwan, ia membina klon ini dalam masa kurang 5 minit dan berfungsi dengan baik. Ia seakan ciri sempoicara fasa awal platform AI luar. Kami turut mencuba membina laman web portfolio dengan arahan ringkas. Hasilnya masih di tahap yang mengecewakan kerana isi kandungannya yang mengarut dan tidak sama dengan hasil berbual dalam mod biasa. Selain itu, rekaannya juga amat ketinggalan. Namun, cukup menarik untuk melihat platform AI tempatan secara perlahan memperkenalkan ciri ini.

IlmuChat Kini Hadir Dengan Keupayaan Pengaturcaraan - Sempoicara Pelbagai Aplikasi MenarikBagi yang berminat untuk mencuba, anda kini boleh cipta akaun melalui laman IlmuChat.

Baca seterusnya