Grab Papar Iklan Video pada Halaman Tempahan E-Panggilan

Grab kini dilihat semakin agresif mengisi aplikasinya dengan iklan. Jika sebelum ini iklan hanya muncul di beberapa bahagian tertentu, kini ia turut diselitkan terus pada halaman tempahan e-panggilan.

Grab Papar Iklan Video pada Halaman Tempahan E-PanggilanSebaik sahaja pengguna membuat tempahan, satu iklan video pendek akan dimainkan sementara sistem mencari rakan pemandu yang sesuai. Iklan yang dipaparkan nampaknya agak rawak, dan turut muncul ketika pengguna menunggu kenderaan yang ditempah tiba di lokasi.

Langkah ini berkemungkinan besar menjadi strategi Grab untuk meningkatkan sumber pendapatan di luar servis utama mereka seperti perkhidmatan e-panggilan, penghantaran makanan dan pelbagai perkhidmatan lain dalam ekosistem Grab

Sumber: Amanz

Baca seterusnya