GoPro MAX Versi 2025 Tiba di Malaysia pada RM1,799

GoPro Max 360 generasi terbaru kini rasmi mendarat di Malaysia dengan harga RM1,799, dan kali ini ia datang lebih serius dari sebelumnya. Ia menjadi satu lagi pilihan dalam pasaran kamera 360 darjah.
Yang paling ketara pada model 2025 ini ialah integrasi AI yang lebih dalam. Dua ciri suntingan — CameraFX dan Auto Edit melalui aplikasi GoPro Quik — hadir untuk mempercepatkan proses suntingan terus dari telefon. Tangkap, edit, publish. Semudah tu.

Kamera ini mempunyai pelekap tripod standard ¼-20 untuk digunakan bersama aksesori yang serasi. Menurut GoPro, bateri Enduro 1600mAh direka untuk berfungsi dalam suhu sejuk.
Berbanding Insta360 X4 yang dilancarkan pada harga lebih tinggi, GoPro Max 360 2025 menawarkan nilai yang lebih kompetitif, terutama jika anda sudah berada dalam ekosistem GoPro atau gemar aliran kerja suntingan yang lebih automatik.