Google Maps Tambah Ask Maps dan Navigasi 3D

Google Maps Tambah Ask Maps dan Navigasi 3D

Google Maps baru sahaja menerima kemas kini terbesar dalam lebih sedekad dengan memperkenalkan dua ciri utama — Ask Maps dan Immersive Navigation — untuk membantu carian tempat dan navigasi.

Ask Maps: Carian melalui Perbualan

Ask Maps membolehkan pengguna bertanya soalan kompleks secara perbualan, dengan merujuk maklumat tempat dalam Google Maps. Daripada menaip kata kunci dan menapis hasil sendiri, pengguna kini boleh bertanya seperti bercakap dengan rakan:

  • “Telefon saya nak mati — di mana boleh cas tanpa perlu beratur panjang?”

  • “Ada padang tenis awam dengan lampu malam ini?”

  • “Kawan datang dari Kuala Lumpur — cadangkan tempat makan selesa untuk 4 orang pukul 8 malam?”

Google Maps Tambah Ask Maps dan Navigasi 3DAsk Maps menganalisis maklumat daripada lebih 300 juta tempat dan ulasan daripada komuniti 500 juta penyumbang Google Maps. Hasil carian juga diperibadikan berdasarkan sejarah carian dan tempat tersimpan pengguna — jadi kalau pengguna selalu cari restoran vegan, Ask Maps akan mempertimbangkan itu dalam cadangannya. Dari situ, pengguna boleh terus buat tempahan, simpan lokasi atau dapatkan arah dalam beberapa ketukan sahaja.

Ask Maps mula dilancarkan di Amerika Syarikat dan India pada Android dan iOS, dengan versi komputer meja akan menyusul kemudian.

Immersive Navigation: Paparan 3D, Panduan Lebih Natural

Immersive Navigation pula mengubah pengalaman memandu dengan paparan 3D yang hidup — lengkap dengan bangunan, jambatan, laluan dan rupa bumi sebenar di sekeliling anda. Dibantu model Gemini yang menganalisis imej Street View dan foto udara terkini, peta kini memaparkan:

  • Lorong, lampu isyarat, tanda berhenti dan penyeberangan ditonjolkan ketika diperlukan

  • Zum pintar dan bangunan telus untuk melihat laluan seterusnya lebih awal

  • Panduan suara lebih semula jadi — seperti rakan yang menavigasi bersama anda, bukan suara robot

  • Makluman laluan alternatif dengan perbandingan masa, tol dan trafik secara masa nyata

  • Pratonton destinasi melalui Street View sebelum berlepas, termasuk cadangan tempat letak kereta dan pintu masuk bangunan

Google Maps Tambah Ask Maps dan Navigasi 3DSetiap saat, Google Maps memproses lebih 5 juta kemas kini trafik dari seluruh dunia, dengan 10 juta laporan daripada pemandu setiap hari untuk memastikan maklumat sentiasa terkini.

Immersive Navigation mula dilancarkan di Amerika Syarikat dan akan berkembang ke iOS, Android, CarPlay, Android Auto dan kereta dengan Google built-in dalam bulan-bulan akan datang.

Sumber: Google

Baca seterusnya