Foursquare bakal diambil alih Infillion, masa depan Swarm masih belum diputuskan

Foursquare bakal diambil alih Infillion, masa depan Swarm masih belum diputuskan

Infillion mengumumkan rancangan mengambil alih Foursquare, syarikat yang bermula dengan aplikasi check-in sebelum beralih kepada teknologi data lokasi untuk perniagaan.

Infillion mahu menggabungkan data kunjungan fizikal Foursquare dengan data pembelian Catalina yang sudah dimilikinya. Tujuannya membolehkan pengiklan mengukur sama ada kempen digital mendorong lawatan ke kedai atau jualan sebenar. Nilai perjanjian tidak didedahkan dalam kenyataan rasmi.

Paparan aplikasi Swarm yang masih dikendalikan Foursquare
Imej: Foursquare melalui Google Play

Infillion belum menetapkan masa depan Swarm dan Superlocal. Syarikat sedang menilai pilihan seperti model sumber terbuka dan kerjasama strategik selepas transaksi selesai, tanpa mengumumkan tarikh perubahan pada kedua-dua aplikasi.

Sumber: Infillion.

Baca seterusnya